Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan Malaysia dan Brunei Darussalam adalah istimewa dan keutamaan beliau sekarang adalah untuk memanfaatkan hubungan baik kedua-dua negara.
Menurutnya, keistimewaan hubungan Malaysia - Brunei terbukti apabila Sultan Brunei, Sultan Hassanal bolkiah berangkat ke Malaysia tidak sampai satu minggu selepas anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.